Hampir 1 dari setiap 6 Anak – Anak Dibuli Siber

Dunia

Laporan Pertubuhan Kesehatan Sedunia (WHO) Eropa memperkirakan ada 16 peratus anak – anak berusia antara 11 sampai 15 tahun mendapatkan insiden buli pada tahun 2022. Berdasarkan hasil impestigasi di 44 negara, jumlah kenakalan kian meningkat jika di bandingkan dari 13 peratus kira-kira empat tahun lalu. Tahap buli siber tertinggi dialami anak – anak lelaki di Bulgaria, Lithuania, Moldova dan Poland, dan yang paling rendah dilaporkan di Sepanyol.

Pengarah Wilayah WHO Eropah, Hans Kluge, berkata berdasarkan hasil penelitian ‘Tingkah Laku Kesehatan anak – anak di peringkat Sekolah’ itu, 15 anak – anak laki – laki dan 16 anak – anak perempuan dilaporkan dibuli siber sekurang-kurangnya sekali dalam beberapa bulan kebelakangan ini. “Laporan ini adalah isyarat untuk kita semua menangani buli dan keganasan, kapan dan di mana saja berlaku.

“Anak muda menghabiskan waktunya sehingga enam jam dalam kegiatannya setiap hari, dan walaupun hanya membabitkan perubahan kecil dalam kadar buli dan keganasan, ia boleh mempunyai implikasi yang mendalam untuk kesehatan serta kesejahteraan ribuan orang,” katanya dalam kenyataan. Berita ini dibuat berdasarkan data daripada 279,000 kanak-kanak dan remaja dari 44 negara di seluruh Eropa, Asia Tengah dan Kanada. Di kebanyakan tempat, buli siber memuncak apabila anak – anak berusia 11 tahun untuk laki – laki dan 13 tahun untuk perempuan.

Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, COVID-19 mengubah cara remaja berkelakuan antara satu sama lain. “Bentuk keganasan secara maya dalam kalangan rakan sebaya menjadi sangat biasa sejak bermulanya pandemik COVID-19, apabila dunia anak muda banyak dihabiskan di rumah saja ketika isolasi dilaksanakan,” katanya.

Menurut berita itu, seorang dalam setiap 8 remaja mengaku membuli siber, peningkatan tiga mata peratusan dari pada 2018. Sementara itu, insiden buli lain sebahagian besarnya tidak merekodkan peningkatan ketara. Sebanyak 11 peratus lelaki dan perempuan melaporkan dibuli di sekolah sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sebulan dalam beberapa bulan lalu, berbanding 10 peratus empat tahun lalu.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *